Bagaimana untuk mengesahkan akaun saya?

Anda perlu mengesahkan alamat emel, nombor telefon, dan mengemaskini tarikh lahir anda sebelum anda boleh mengemukakan sebarang permintaan pengeluaran. Untuk mengesahkan akaun anda, ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Log masuk ke akaun Citinow anda. Pilih “Profil” > “Maklumat Peribadi”.

Langkah 2: Pilih butang “Belum disahkan” di sebelah nombor telefon anda. Klik ‘Sahkan’ dan kod OTP akan dihantar kepada anda melalui SMS dan akan luput selepas 5 minit. Masukkan kod OTP dalam ruang yang disediakan dan klik “Hantar”.

Langkah 3: Pilih butang “Belum disahkan” di sebelah alamat emel anda. Klik ‘Sahkan’ dan kod OTP akan dihantar kepada anda melalui emel dan akan luput selepas 5 minit. Sila periksa folder emel [Spam/Junk] anda jika anda tidak menerima emel tersebut. Masukkan kod OTP dan klik “Hantar”.

Langkah 4: Kemaskini tarikh lahir anda dengan mengklik butang ‘Sunting Tarikh Lahir’, masukkan tahun, bulan, dan hari berturut-turut, dan klik ‘Simpan’. Pengesahan akaun anda kini lengkap.

Nota: Jika anda tidak menerima emel, sila periksa jika:

i) Peti emel peribadi anda penuh

ii) Emel yang dihantar dilabelkan sebagai [Spam/Junk]

iii) Kelewatan disebabkan masalah rangkaian

iv) Emel yang salah semasa pendaftaran Jika masalah masih berlanjut, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan 24/7 kami untuk bantuan lanjut.

15260cookie-checkBagaimana untuk mengesahkan akaun saya?